Tuesday, 16 July 2024

PERKHIDMATAN - KARGO - SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENGAMBILAN PEKERJA ASING

   


BAHAGIAN PENGURUSAN PEKERJA ASING

 KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Sektor Perkhidmatan (KARGO)


1) Dokumen-dokumen yang mempunyai salinan diakui sah secara digital (Digital Certified True Copy) dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terkini seperti berikut:

a) Sijil Pemerbadanan Syarikat (Borang 9 di bawah AS1965 / Seksyen 17 di bawah AS2016) atau Sijil Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Perniagaan 1956;  
 
b) Borang 49 di bawah AS1965 / Seksyen 58 di bawah Akta Syarikat 2016 (AS2016); 

c) Borang Maklumat Pendaftaran Syarikat (Borang 49, 24,13 di bawah AS1965 / Seksyen 14 di bawah 

d) Profil Syarikat atau Profil Perniagaan

 Atau

Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan senarai nama Ahli Lembaga Pengarah (Terkini dan disahkan oleh SKM) 

2) Salinan Kad Pengenalan Pemilik / Pengarah (Berdasarkan senarai pengarah-pengarah syarikat di dalam profil syarikat atau pemilik perniagaan dalam profil perniagaan yang terkini) 

3) Syarat-Syarat Bagi Wakil Syarikat / Koperasi: 

a) Terdiri dari peringkat pengurusan syarikat / Koperasi (Eksekutif dan ke atas sahaja); 

b) Nama tersenarai dalam Penyata Caruman KWSP yang lengkap (3 Bulan terkini berturutan);

c) Kad Pengenalan wakil syarikat; dan

d) Surat Perwakilan dari majikan (Ditandatangani oleh Pihak Pengarah atau Majikan tersenarai berdasarkan senarai pengarah-pengarah syarikat dalam profil syarikat atau pemilik perniagaan di dalam profil perniagaan yang terkini) 

 4) Penyata Caruman KWSP yang lengkap 3 bulan terkini (Borang ‘A’ Tidak Dibenarkan) dan DISAHKAN oleh pihak KWSP berserta resit bayaran pengesahan

5) Laporan Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun semasa atau setahun sebelumnya Atau Akaun Pengurusan (Kunci Kira-Kira dan Penyata Untung Rugi) yang disahkan benar (certified correct/certified true) oleh Juruaudit yang bertauliah dan berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA) @ Audit Firms (AF) sahaja) bagi Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Enterprise.

6) Penyata Bank syarikat 3 bulan terkini Atau Penyata Akaun Simpanan/Semasa Pemilik 3 bulan terkini bagi Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Enterprise. 

Penyata Akaun Simpanan/Semasa Pemilik 3 bulan terkini bagi Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Enterprise. 

Salinan penyata bank/akaun yang dicetak secara online hendaklah DISAHKAN oleh pihak bank 

7) Sijil Perakuan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bagi penggajian pekerja asing.

8) Memo Periksa Keluar (COM) bagi pekerja yang telah pulang atau/dan Laporan Pekerja Lari daripada Jabatan Imigresen Malaysia (Jika berkaitan).

9) Laporan Pengambilan Pekerja (Pengiklanandi Portal MyFutureJobs)

10) Penyata caruman PERKESO (Borang 8A)

11) Letter of Support from Port / Airport Authority

12) Dokumen kelulusan Pengendalian / Surat Tawaran Kerja / Surat Penggajian (Contoh: Invois , Kontrak) - Pelabuhan

13) Surat Setuju Terima (SST) yang diberikan dari mana-mana lima (5) Agensi Pihak Berkuasa yang dilantik  (Kargo- Lapangan Terbang)  seperti berikut:

(a)   Aero Darat Services Sdn. Bhd (b)   Pos Aviation Sdn. Bhd.

(c)   MAB Kargo Sdn. Bhd.

(d)   Mlindo Airways Sdn. Bhd.

(e)   Ground Team Red Sdn. Bhd.

14) Gambar hadapan dan dalam premis yang jelas, terang dan berwarna serta gambar aktiviti perniagaan (termasuk papan tanda syarikat, pejabat, peralatan dan mesin serta produk akhir)

15) Carta Aliran Proses (bergambar dan berwarna) dan Jumlah Pekerja (tempatan, pekerja asing dan kekosongan) yang diperlukan di setiap tempat proses


Other Sector Checklist click below link

No comments:

Post a Comment